Friday, 2 August 2013

Bila kata-kata sudah tidak bernilai


Teks : Suka-suka sahaja

Assalamualaikum..

Bila kata sudah tidak lagi bermakna, segala penjelasan tidak lagi diendahkan, maka berdiam diri sahaja yang mampu dilakukan. Biarlah Allah sahaja yang tahu, tidak perlu lagi kita berkata-kata kepada manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.

Ya! Hati pasti akan berkata, " jelaskanlah buat kali terakhir ". Kenyataannya, sudah banyak kali yang dikatakan kali terakhir, tetapi tiada satu pun penjelasan yang diutarakan diterima. Seolah-olah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Untuk permulaan memang kita akan rasa sedih, tetapi jika kita redha dengan ketentuan Allah, dan berserah hanya kepadaNya, pasti hati kita akan lapang, hidup menjadi tenang. Yang penting, kita doakan yang terbaik buat manusia tersebut. Biar Allah sahaja memahamkan manusia tersebut di atas penjelasan yang tidak diambil peduli itu.

Diam untuk kebaikan adalah lebih baik, daripada berkata-kata lalu akan menambahkan dosa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment