Tuesday, 24 December 2013
Memori Sekuntum Rindu [Cover]
Suka dengar beliau main gitar dan menyanyi :)
Welcome to the Black Parade [Drum Cover]
Best!
Lagi best jika dapat main drum sehebat macam ni.
Saturday, 21 December 2013
Friday, 20 December 2013
Sunday, 15 December 2013
Monday, 2 December 2013
Saturday, 30 November 2013
Monday, 25 November 2013
Monday, 4 November 2013
Sunday, 6 October 2013
Tegar
Nyanyian yang sedap didengar, merdu.
Setiap hari dengar, best!
Friday, 4 October 2013
Tuesday, 6 August 2013
Luahan Hati 1
Lagu & gambar sebagai ganti kepada luahan rasa hati
Rintihan jiwa - Kumpulan Sup
Terbayang gambar wajahmu, menjelma di sudut hatiku, tak terdaya aku membiarkan ia pergi.
Walaupun telah berlalu, tiada lagi kau di sisi, masih belum pudar kenangan untukmu.
Apakah salahnya diriku, hingga sanggup kau tinggalkanku, setelahku beri, kasihku padamu.
Dan telahku sandarkan harapan melangit pada dirimu.
Dengarkanlah, rintihan jiwa ini, yang menjerit, memanggil oh namamu.
Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku cinta padamu, dan keranaNya jua kita terpisah.
Percintaan ini - Ezad
Masih terbayang di ruangan mataku, saat indah bersamamu dulu.
Masihku ingat janji manismu, bertakhta di hatiku.
Dikala itu engkaulah bintang, menyuluh malam yang kegelapan.
Tetapi kini tiada lagi, tinggal aku sendiri.
Percintaan ini, amat memilukan, perpisahan ini, sungguh menyakitkan. Namun apa daya terpaksaku telan semua kepahitan.
Kepiluan ini meracun hidupku, kesunyian ini, membunuh jiwaku, tergamak kau sayang, melihat diriku dalam kesedihan, dipermainkan olehmu.
Sia-sia saja percintaan ini, tak bisa sampai ke puncaknya, sekelip mata hilang semuanya, yang tinggal hanya air mata.
Bukan maaf yang ku pinta - Kumpulan Data
Pastinya engkau berduka, sesalan pun membara, tiada lagi cinta setia.
Andainya engkau ada dihadapanku ini, tak mungkin lagi aku rasa sayang.
Cukup sudah aku, engkau persendakan, cukup sudah aku kecewa.
Aku hanya bayang wajah kekasihmu dulu.
Aku hanya dendam cintamu.
Begitu hebatnya cintamu, tidakku tahu, hinggalah aku jadi mangsa.
Jangan kau merayu ku lagi dengan air matamu.
Mudahnya kau berjanji kata sayang.
Cintamu hanya sandiwara, dan aku jadi pelakunnya, janjimu hanyalah dusta, dan aku merana keranamu.
Bukan kemaafan yang harus kau pinta, hanya keikhlasan bercinta.
Jangan kau merayu ku lagi dengan kata-kata indah, mudahnya kau berjanji kata sayang.
Jangan kau merayu ku lagi, dengan penyesalan, tak mungkin lagi, ku maafkan.
Cintamu hanya sandiwara, dan aku jadi pelakunnya, cintamu hanyalah dusta, aku yang jadi mangsanya, bukan maaf yang aku pinta, hanya jujur dan keikhlasan, akan ku simpan kenangan yang ada, sesalanmu tiada berguna.
Tak tahu harga cinta - Exists
Tak pernahku kesal memilih dirimu, biarpun pudar kelam masa silam.
Bagiku kasih sayang satu anugerah, tak ternilai olehku.
Benarlah katamu hidup penuh pura, tetapi tidak pada diri ini.
Cintaku tulus suci, yang lahir dari hati, salju di danau rindu.
Mengapakah sukar meyakinkan cinta, yang terbiar layu, disirami duka.
Sedangkan diriku umpama pengemis, mengharap kasihmu itu.
Izinkanlah aku menyintaimu, dan sesungguhnya cintaku satu.
Sendu di hatimu rindu di hatiku - Arrow
Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka, takdir jua yang menentukan perpisahan.
Ditalian cinta ini, terjalin ikatan mesra, walau hanya seketika, bagiku sungguh bermakna.
Masih terkenang lagi kepadamu insan misteri, yang sudi bertamu di hati.
Tersentuh hatiku ini, rasa ingin bersamamu, menyapu si air mata, menghilangkan rasa sendu di hati.
Setiap malam ku tunggu panggilanmu, resah hati ku menanti, walaupun sehari tak ku dengar suaramu, hati rindu.
Kuterasa dunia ini bagaikan terhenti.
Aku tahu, kau rindukan aku, belaian kasih mesra untukmu, tak sempat lagi, kita bersua bermesra, engkau telah pergi jauh, terlerailah genggaman mawar, dari tanganku.
Kumpulan Ukay's
Berkat dari kesungguhan terbentuklah kejayaan, ku merasa oh nikmatnya, bersyukur tak terhingga, dengan pemberianNya, hidup aku sekarang ceria.
Dahulu aku tewas tiada siapa peduli, dan yang menyedihkanku, insan yang ku sayang pun berlalu.
Hilang semua rasa benci, melangit ku dipuji, menjelma semula saudara, walau dulu pernah sengketa, kini kedepan bertanya berita.
Begitulah kehidupan, bak purnama mengambang, memuja bila terang, hilang bila dilindungi awan, tak siapa lagi memandang.
Dahulu ku tersisih sendiri tanpa oh kekasih, kini tak terbilang menjelma.
Tidak tergoyang keimanan ini sayang, walau selautan, kasih yang engkau janjikan kepadaku itu tidak ikhlas, ingin ku ketepikan rasa cinta pada seseorang, kerna bimbang hilangnya setia, bilamana hidup aku sudah tidak lagi ceria.
Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka, takdir jua yang menentukan perpisahan.
Ditalian cinta ini, terjalin ikatan mesra, walau hanya seketika, bagiku sungguh bermakna.
Masih terkenang lagi kepadamu insan misteri, yang sudi bertamu di hati.
Tersentuh hatiku ini, rasa ingin bersamamu, menyapu si air mata, menghilangkan rasa sendu di hati.
Setiap malam ku tunggu panggilanmu, resah hati ku menanti, walaupun sehari tak ku dengar suaramu, hati rindu.
Kuterasa dunia ini bagaikan terhenti.
Aku tahu, kau rindukan aku, belaian kasih mesra untukmu, tak sempat lagi, kita bersua bermesra, engkau telah pergi jauh, terlerailah genggaman mawar, dari tanganku.
Kumpulan Ukay's
Berkat dari kesungguhan terbentuklah kejayaan, ku merasa oh nikmatnya, bersyukur tak terhingga, dengan pemberianNya, hidup aku sekarang ceria.
Dahulu aku tewas tiada siapa peduli, dan yang menyedihkanku, insan yang ku sayang pun berlalu.
Hilang semua rasa benci, melangit ku dipuji, menjelma semula saudara, walau dulu pernah sengketa, kini kedepan bertanya berita.
Begitulah kehidupan, bak purnama mengambang, memuja bila terang, hilang bila dilindungi awan, tak siapa lagi memandang.
Dahulu ku tersisih sendiri tanpa oh kekasih, kini tak terbilang menjelma.
Tidak tergoyang keimanan ini sayang, walau selautan, kasih yang engkau janjikan kepadaku itu tidak ikhlas, ingin ku ketepikan rasa cinta pada seseorang, kerna bimbang hilangnya setia, bilamana hidup aku sudah tidak lagi ceria.
Friday, 2 August 2013
Bila kata-kata sudah tidak bernilai
Teks : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum..
Bila kata sudah tidak lagi bermakna, segala penjelasan tidak lagi diendahkan, maka berdiam diri sahaja yang mampu dilakukan. Biarlah Allah sahaja yang tahu, tidak perlu lagi kita berkata-kata kepada manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.
Ya! Hati pasti akan berkata, " jelaskanlah buat kali terakhir ". Kenyataannya, sudah banyak kali yang dikatakan kali terakhir, tetapi tiada satu pun penjelasan yang diutarakan diterima. Seolah-olah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Untuk permulaan memang kita akan rasa sedih, tetapi jika kita redha dengan ketentuan Allah, dan berserah hanya kepadaNya, pasti hati kita akan lapang, hidup menjadi tenang. Yang penting, kita doakan yang terbaik buat manusia tersebut. Biar Allah sahaja memahamkan manusia tersebut di atas penjelasan yang tidak diambil peduli itu.
Diam untuk kebaikan adalah lebih baik, daripada berkata-kata lalu akan menambahkan dosa.
Sekian.
Tuesday, 30 July 2013
Sunday, 21 July 2013
Kembali kepada fitrah
Teks : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan diucapkan. Sungguh cepat masa berlalu, pejam celik sahaja sudah 2 minggu kita berpuasa, subhanallah.
Kembali kepada fitrah, entri ini hanyalah pendapat serta perkongsian saya sahaja, jika ada salah dan silap harap dimaafkan dan mendapat teguran yang membina.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sering juga saya diajukan soalan yang sama berkaitan untuk berubah kearah kebaikan atau lebih dikenali sebagai kembali kepada fitrah, suci daripada segala dosa-dosa lampau. Saya sendiri juga pernah mengajukan soalan sedemikian kepada diri saya sendiri.
Setelah mengkaji dan banyakkan pembacaan melalui buku mahupun internet, saya membuat kesimpulan sendiri kerana, setakat ini tiada yang sudi meluahkan pendapat dan idea serta panduan yang ada kaitan dengan penyucian diri.
Masing-masing sibuk dengan tugasan, maka saya mencari sendiri jawapan bagi persoalan yang sering berlegar-legar di dalam minda. Insya Allah pemahaman saya ini tidak terpesong daripada ajaran Agama Islam yang mulia ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Langkah-langkah :
Permulaan sekali yang saya lakukan ialah, muhasabah diri, ingat kembali segala kesalahan yang pernah dilakukan, tujuan saya melakukan ini kerana, saya tidak mahu dosa-dosa lama datang kembali selepas saya bertaubat. Takut-takut nanti, saya ulang semula kerana kecewa dengan diri sendiri.
Pastinya ketika mengenang kembali dosa-dosa lama, hati kita akan berkecamuk dan sakit, pedih dan merasakan amat hina serta malu pada Sang Pencipta (Allah). Pada waktu itulah hati kita akan memohon ampun kepada Allah supaya kita diampunkan dari segala dosa yang telah dilakukan, yang kita sedari mahupun tidak.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Kemudian segera mandi sunat [ bersihkan diri dari segala kotoran (daki,najis) ], selepas bersih baru mandi wajib. Selepas itu, potong kuku (jika panjang) dan pakai wangian yang dibenarkan [supaya kita mendapat aura ketenangan].
Sebelum saya sambung, saya ingin menyenaraikan Rukun Iman & Rukun Islam di bawah ini :
Rukun Iman [6]
1- Beriman kepada Allah.
2- Beriman kepada Malaikat.
3- Beriman kepada Kitab.
4- Beriman kepada Rasul.
5- Beriman kepada Hari Akhirat.
6- Beriman kepada Qadak dan Qadar.
Rukun Islam [5]
1- Mengucap Dua Kalimah Syahadat.
2- Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3- Mengeluarkan zakat.
4- Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
5- Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas mengetahui dan jelas dengan Rukun Iman dan Rukun Islam, saya membuat kesimpulan bahawasanya, Allah s.w.t adalah segalanya, maka bergantung harap sepenuhnya hanya kepada Allah.
Sebelum ini saya melebihkan manusia daripada Allah, kerana itu sering berduka lara dan bermuram durja. Kerana dahulu saya sering berkata kepada diri, "aku tiada kawan", "tiada yang pedulikan aku", "sentiasa dipinggirkan dan dihina serta dipersalahkan", "kalau begitu lebih baik mati sahaja".
Tetapi Allah lebih menyayangi kita, jadi Allah telah memberikan petunjuk serta peringatan kepada diri ini, cuma terkadang diri ini terleka dan buat endah tak endah.
Banyakkan membaca buku motivasi dan keagamaan, pasti hati kita akan lembut dan terbuka untuk tetap dan khusyuk dalam beribadat kepada Allah. Paling utama dan pertama sekali adalah dengan membaca ayat suci Al-Quran, baca yang ada tafsir, supaya kita lebih memahami ketika membaca.
Adalah lebih baik belajar tajwid, supaya sesi pembacaan kita tidak tersekat-sekat, kerana terkadang jika sering membaca dalam keadaan yang ragu-ragu tentang tajwidnya dan tersekat-sekat, pasti kita rasa rendah diri lalu tidak mahu membacanya lagi. Astaghfirullahalazim.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kembali semula kepada langkah-langkah untuk kembali kepada fitrah.
Setelah tubuh badan kita serta pakaian [yang menutup aurat] telah bersih dari segala jenis kotoran dan najis, bersedia untuk bersihkan hati iaitu batin kita pula.
- Pertama yang saya lakukan ialah, mengucap Dua Kalimah Syahadat.
- Kedua, melakukan solat sunat taubat [memohon ampun kepada Allah]
> Memohon maaf juga kepada orang yang pernah kita lukakan/berdendam
- bersua muka, atau mesej, atau call, tetapi jika tidak dapat berjumpa, mohon kepada Allah supaya mereka memaafkan kesalahan kita.
- Ketiga, ganti solat yang telah kita tinggalkan
> Tetapi sebelum itu senaraikan dahulu solat yang pernah kita tinggalkan, sejak kita baligh, bila mula tidak solat.
- Jika terlampau banyak, ganti solat yang kita mampu sahaja, selebihnya kita bayar Fidyah.
Agama Islam itu mudah, hanya manusia yang menyukarkannya. Banyakkan menimba ilmu dalam keagamaan.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk permulaan perubahan, jangan mendesak dan memaksa diri, lakukan secara perlahan-lahan dan istiqamah [berterusan].
Tetapi jangan pula dijadikan alasan, bila boleh perlahan-lahan, maka menangguh. Itu sudah salah pemahaman. Kerana itu ada perkataan istiqamah.
Memang sukar, tetapi boleh. Yakin pada diri sendiri, usah pedulikan kata-kata hina dan cacian orang lain. Kerana yang ingin berubah dan disayangi Allah adalah diri kita sendiri.
Jika kita susah tiada yang akan membantu, hanya bergantung harap kepada Allah dan dalam pada masa yang sama kita berusaha untuk berubah.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti saya sendiri pada awalnya, terlalu sedih dan rasa malu untuk berubah kerana orang sekeliling terutamanya yang tersayang, langsung tidak memberi kata-kata semangat, malah mereka mengajak kita kepada dosa pula.
Jadi, daripada ada mereka di sisi kita untuk menambahkan dosa kita, lebih baik kita bersendirian dan hanya berserah kepada Allah.
Insya Allah, suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita dengan mereka yang baik-baik, janji kita menjadi baik dahulu atau berubah kearah kebaikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dugaan untuk menjadi muslim yang sejati memang banyak dan amat perit, tetapi jika kita bersabar dan tetap bersyukur, insya Allah, Allah permudahkan segalanya. Jaminan di sisi Allah itu sudah pasti.
Dugaan-dugaan itu juga yang akan meningkatkan lagi iman kita kepada Allah, dan lagi Allah sayang seseorang itu, lagi banyak dugaan yang akan Allah berikan. Subhanallah.
Kerana Allah memberi dugaan kepada manusia mengikut kemampuan, Allah tidak akan memberikan dugaan itu jika kita tidak mampu menanggungnya, percayalah!.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Cukup sampai di sini sahaja, insya Allah akan disambung pada lain masa, sekian, assalamualaikum.
Saturday, 20 July 2013
Thursday, 18 July 2013
Minat
Teks : Suka-suka sahaja
Daripada kecil sehinggalah kini hanya 3 penyanyi ini sahaja, apabila mendengar lagu mereka, pasti tangkap lentok punya. Memang terbaik!.
Siapakah gerangan itu?
Ini dia, Lan Kristal, Ezad Exist dan Tomok New boys. Suara meraka amat merdu bagi saya.
Tahniah buat ketiga-tiga penyanyi ini. Cuma yang kurang seronoknya sebab, lagu-lagu mereka kurang diputarkan di radio, tidak seperti lagu-lagu zaman sekarang yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi luar. Kenapa boleh terjadinya perkara sebegini? hurmm.
![]() |
| Ezad Exist |
![]() |
| Lan Kristal |
![]() |
| Tomok New Boys |
Tuesday, 16 July 2013
Menghargai
Teks : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Sesuatu yang telah Allah titipkan kepada setiap hambanya ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan pemberian makhluk kepada sesama makhluk, iaitu berupa dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.
Sebagai contoh, si A memberikan si B kata-kata semangat serta nasihat, ketika si B mengalami kesedihan. Juga contoh kedua, si A membantu si B dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan yang si B memerlukan bantuan.
Ya benar, sebagai orang yang memberi, mereka tidak boleh terlalu mengharapkan balasan daripada si penerima di atas bantuan yang telah diberikan. Antara balasannya seperti ucapan terima kasih dan ingin dibantu kembali.
Tetapi sebagai orang yang menerima, perlulah belajar untuk menghargai dan sekadar mengucapkan terima kasih pun sudah memadai. Kita jangan sombong dengan pemberian orang, kelak Allah tarik balik nikmat itu.
Selagi kita masih mendapat apa yang kita mahukan, walaupun dalam kadar yang sedikit, hargai dan bersyukurlah. Sentiasa muhasabah diri dan segera menyedari bahawa kita amat beruntung masih lagi menerima bantuan serta pertolongan daripada orang sekeliling kita, terutamanya ibubapa kita.
Masih ramai lagi di luar sana, yang langsung tidak mendapat sebarang bantuan dan pertolongan, mereka terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Belajar menghargai, supaya kita juga dihargai.
Sekian.
Monday, 15 July 2013
Rintihan Jiwa
Teks lirik by Suka suka sahaja
Terbayang gambar wajahmu,
menjelma di sudut hatiku,
tak terdaya aku membiarkan ia pergi.
Walaupun telah berlalu,
tiada lagi kau di sisi,
masih belum pudar kenangan untukmu.
Apakah salahnya diriku,
hingga sanggup kau tinggalkanku,
setelah ku beri,
kasihku padamu,
dan telahku sandarkan harapan melangit pada dirimu.
Dengarkanlah,
rintihan jiwa ini,
yang menjerit,
memanggil oh namamu,
hanya Tuhan yang tahu,
betapa aku cinta padamu,
dan keranaNya jua kita terpisah.
Friday, 12 July 2013
Cinta kepada si dia
Penceritaan by : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Sebagai seorang manusia, perasaan ingin dicintai dan mencintai itu pasti ada. Tetapi cinta tidak bermakna memiliki dan dimiliki. Kita sedia maklum ajal, maut, jodoh, pertemuan, semuanya adalah urusan Allah. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Segala perancangan Allah buat kita adalah yang terbaik.
Terkadang kita alpa dan leka, juga mungkin kita tidak tahu bahawasanya, segala yang telah Allah tetapkan ada hikmah yang indah di sebaliknya. Hanya mereka yang beriman dan bersyukur serta terpilih sahaja yang akan sedar tentang perihal sebegini.
Lumrah manusia serba kekurangan, maka perbanyakkanlah bermunajat kepada Allah s.w.t, mohon Hidayah serta petunjuk daripada-Nya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cintanya kita kepada seseorang tidak perlu dibuktikan dengan berpasangan [couple]. Kita sedia maklum, berpasangan adalah haram dalam agama Islam. Mengapa?
Kesannya [negatif] :
- Bermulanya maksiat
- Terjebaknya zina
P/s : Bagi yang sedang mabuk bercinta, 2 perkara ini akan dianggap enteng/remeh. Tetapi jika kita berpandukan Al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa 2 perkara ini, amat terkutuk dan dilaknat oleh Allah s.w.t. wallahualam.
Nauzubillahiminzalik, semoga kita dijauhi 2 perkara ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan 2 perkara tersebut berlaku?
Jika cinta sudah berputik di hati, pasangan hendaklah menyegerakan pernikahan. Jika tidak mampu, berpuasalah. Mohon kepada Allah supaya kita tidak termasuk ke dalam lembah hina yang amat hina.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkadang permasalahan ini berlaku akibat kekufuran manusia itu sendiri, juga orang sekelilingnya. Seringkali kita mendengar, manusia saling tuduh menuduh sesama sendiri akibat daripada perbuatan hina itu. Tetapi adakah kita berfikir, apakah punca?, siapa pencetus?, salah siapa?, dan pelbagai lagi soalan.
Apa sahaja perkara yang terjadi di dunia ini, ada punca utamanya, dan bukan hanya salah kepada 1 pihak sahaja. Jika hanya 1 pihak sahaja yang dipersalahkan, itu digelar 'zalim' dan membuat keputusan secara membuta-tuli. Perkara ini menjadi berat sebelah, yang salah tetap dipersalahkan, tetapi punca dan dalang sebenar, terlepas begitu sahaja.
Apa-apa pun keputusannya, biarlah adil dan saksama, selidik secara telus. Jika di dunia 'si punca' terlepas, tetapi tidak di akhirat. Allah amat teliti dalam penimbangan-Nya. Dosa sebesar zarah pun akan dihitung dan tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Nauzubillah. Allahualam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengajaran :
Bertindaklah mengikut akal, bukan mengikut nafsu.
Fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu.
Muhasabah diri, dan memohon Hidayah daripada Allah.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam kelompok orang yang hina, juga semoga diri kita sentiasa dilindungi dan dijaga oleh Allah s.w.t, aminn.
P/s : Kata-kata di atas tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah tiada. Hanya sekadar perkongsia. Maaf jika ada kesalahan pada mana-mana fakta, ejaan, mahupun yang berkaitan. Teguran yang membina amatlah diharapkan, terima kasih.
Percintaan
Penceritaan by : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Apa erti cinta bagi kita semua? Ya, pastinya setiap manusia mempunyai maksud serta kefahaman yang tersendiri mengenai cinta.
Ada yang kata :
- Cinta pada Allah
- Cinta pada rasul
- Cinta pada ibubapa
- Cinta pada pasangan
- Cinta pada haiwan
- Cinta pada kebendaan
- Juga cinta kepada diri sendiri dan lain-lain lagi.
Tidak kira yang mana satu menjadi pilihan kita, tepuk dada tanya hati & tanya Iman kita sendiri. Tidak perlu dihebohkan kepada sekalian makhluk, juga tidak perlu hipokrit kepada diri sendiri.
Pada saya perkataan 'Cinta' itu sendiri amat subjektif, tidak dapat dirungkai atau diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dengan menyebut perkataan 'Cinta' sahaja sudah merasakan keindahan serta nikmat juga pemikiran kita pasti merasakan yang indah-indah sahaja.
Tetapi bagi mereka yang tidak dapat merasakan keindahan perkataan itu, tidak mengapa. Belum masanya lagi dan insya Allah apabila kita melalui saat serta keadaan yang mana perasaan cinta itu timbul, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti yang telah disenaraikan di atas, pasti kita dapat merasakan perbezaan. Seolah-olah seperti aura mahupun kuasa yang digunakan oleh Naruto di dalam Anime/Manga. Hehe :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s : Kata-kata di atas tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah tiada. Hanya sekadar perkongsia. Maaf jika ada kesalahan pada mana-mana fakta, ejaan, mahupun yang berkaitan. Teguran yang membina amatlah diharapkan, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)



.jpg)