Penceritaan by : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Apa erti cinta bagi kita semua? Ya, pastinya setiap manusia mempunyai maksud serta kefahaman yang tersendiri mengenai cinta.
Ada yang kata :
- Cinta pada Allah
- Cinta pada rasul
- Cinta pada ibubapa
- Cinta pada pasangan
- Cinta pada haiwan
- Cinta pada kebendaan
- Juga cinta kepada diri sendiri dan lain-lain lagi.
Tidak kira yang mana satu menjadi pilihan kita, tepuk dada tanya hati & tanya Iman kita sendiri. Tidak perlu dihebohkan kepada sekalian makhluk, juga tidak perlu hipokrit kepada diri sendiri.
Pada saya perkataan 'Cinta' itu sendiri amat subjektif, tidak dapat dirungkai atau diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dengan menyebut perkataan 'Cinta' sahaja sudah merasakan keindahan serta nikmat juga pemikiran kita pasti merasakan yang indah-indah sahaja.
Tetapi bagi mereka yang tidak dapat merasakan keindahan perkataan itu, tidak mengapa. Belum masanya lagi dan insya Allah apabila kita melalui saat serta keadaan yang mana perasaan cinta itu timbul, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti yang telah disenaraikan di atas, pasti kita dapat merasakan perbezaan. Seolah-olah seperti aura mahupun kuasa yang digunakan oleh Naruto di dalam Anime/Manga. Hehe :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s : Kata-kata di atas tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah tiada. Hanya sekadar perkongsia. Maaf jika ada kesalahan pada mana-mana fakta, ejaan, mahupun yang berkaitan. Teguran yang membina amatlah diharapkan, terima kasih.
No comments:
Post a Comment