Monday, 15 July 2013

Rintihan Jiwa



Teks lirik by Suka suka sahaja


Terbayang gambar wajahmu,
menjelma di sudut hatiku,
tak terdaya aku membiarkan ia pergi.

Walaupun telah berlalu,
tiada lagi kau di sisi,
masih belum pudar kenangan untukmu.

Apakah salahnya diriku,
hingga sanggup kau tinggalkanku,
setelah ku beri,
kasihku padamu,
dan telahku sandarkan harapan melangit pada dirimu.

Dengarkanlah,
rintihan jiwa ini,
yang menjerit,
memanggil oh namamu,
hanya Tuhan yang tahu,
betapa aku cinta padamu,
dan keranaNya jua kita terpisah.




No comments:

Post a Comment