Penceritaan by : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Sebagai seorang manusia, perasaan ingin dicintai dan mencintai itu pasti ada. Tetapi cinta tidak bermakna memiliki dan dimiliki. Kita sedia maklum ajal, maut, jodoh, pertemuan, semuanya adalah urusan Allah. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Segala perancangan Allah buat kita adalah yang terbaik.
Terkadang kita alpa dan leka, juga mungkin kita tidak tahu bahawasanya, segala yang telah Allah tetapkan ada hikmah yang indah di sebaliknya. Hanya mereka yang beriman dan bersyukur serta terpilih sahaja yang akan sedar tentang perihal sebegini.
Lumrah manusia serba kekurangan, maka perbanyakkanlah bermunajat kepada Allah s.w.t, mohon Hidayah serta petunjuk daripada-Nya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cintanya kita kepada seseorang tidak perlu dibuktikan dengan berpasangan [couple]. Kita sedia maklum, berpasangan adalah haram dalam agama Islam. Mengapa?
Kesannya [negatif] :
- Bermulanya maksiat
- Terjebaknya zina
P/s : Bagi yang sedang mabuk bercinta, 2 perkara ini akan dianggap enteng/remeh. Tetapi jika kita berpandukan Al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa 2 perkara ini, amat terkutuk dan dilaknat oleh Allah s.w.t. wallahualam.
Nauzubillahiminzalik, semoga kita dijauhi 2 perkara ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan 2 perkara tersebut berlaku?
Jika cinta sudah berputik di hati, pasangan hendaklah menyegerakan pernikahan. Jika tidak mampu, berpuasalah. Mohon kepada Allah supaya kita tidak termasuk ke dalam lembah hina yang amat hina.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkadang permasalahan ini berlaku akibat kekufuran manusia itu sendiri, juga orang sekelilingnya. Seringkali kita mendengar, manusia saling tuduh menuduh sesama sendiri akibat daripada perbuatan hina itu. Tetapi adakah kita berfikir, apakah punca?, siapa pencetus?, salah siapa?, dan pelbagai lagi soalan.
Apa sahaja perkara yang terjadi di dunia ini, ada punca utamanya, dan bukan hanya salah kepada 1 pihak sahaja. Jika hanya 1 pihak sahaja yang dipersalahkan, itu digelar 'zalim' dan membuat keputusan secara membuta-tuli. Perkara ini menjadi berat sebelah, yang salah tetap dipersalahkan, tetapi punca dan dalang sebenar, terlepas begitu sahaja.
Apa-apa pun keputusannya, biarlah adil dan saksama, selidik secara telus. Jika di dunia 'si punca' terlepas, tetapi tidak di akhirat. Allah amat teliti dalam penimbangan-Nya. Dosa sebesar zarah pun akan dihitung dan tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Nauzubillah. Allahualam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengajaran :
Bertindaklah mengikut akal, bukan mengikut nafsu.
Fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu.
Muhasabah diri, dan memohon Hidayah daripada Allah.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam kelompok orang yang hina, juga semoga diri kita sentiasa dilindungi dan dijaga oleh Allah s.w.t, aminn.
P/s : Kata-kata di atas tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah tiada. Hanya sekadar perkongsia. Maaf jika ada kesalahan pada mana-mana fakta, ejaan, mahupun yang berkaitan. Teguran yang membina amatlah diharapkan, terima kasih.
No comments:
Post a Comment