Tuesday, 16 July 2013
Menghargai
Teks : Suka-suka sahaja
Assalamualaikum w.b.t
Sesuatu yang telah Allah titipkan kepada setiap hambanya ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan pemberian makhluk kepada sesama makhluk, iaitu berupa dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.
Sebagai contoh, si A memberikan si B kata-kata semangat serta nasihat, ketika si B mengalami kesedihan. Juga contoh kedua, si A membantu si B dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan yang si B memerlukan bantuan.
Ya benar, sebagai orang yang memberi, mereka tidak boleh terlalu mengharapkan balasan daripada si penerima di atas bantuan yang telah diberikan. Antara balasannya seperti ucapan terima kasih dan ingin dibantu kembali.
Tetapi sebagai orang yang menerima, perlulah belajar untuk menghargai dan sekadar mengucapkan terima kasih pun sudah memadai. Kita jangan sombong dengan pemberian orang, kelak Allah tarik balik nikmat itu.
Selagi kita masih mendapat apa yang kita mahukan, walaupun dalam kadar yang sedikit, hargai dan bersyukurlah. Sentiasa muhasabah diri dan segera menyedari bahawa kita amat beruntung masih lagi menerima bantuan serta pertolongan daripada orang sekeliling kita, terutamanya ibubapa kita.
Masih ramai lagi di luar sana, yang langsung tidak mendapat sebarang bantuan dan pertolongan, mereka terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Belajar menghargai, supaya kita juga dihargai.
Sekian.
Labels:
Perkongsian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment